IKRAM Daerah Kuala Langat ditubuhkan pada 02 April 2010 & diterajui oleh Y. BHg Ustaz Muhamad Asmadi Mustakim

Designed by Al-Islah. Powered by Blogger.
JK Penerangan & Media IKRAM Daerah Kuala Langat

Terkini...

Assalamualaikum wbt.

Kami telah berpindah ke alamat baru http://www.ikram-klangat.org

Terima Kasih
Moderator

Kami Telah Berpindah

Wednesday, September 8, 2010

Assalamualaikum wbt.
Kami telah berpindah ke alamat baru http://www.ikram-klangat.org
Terima Kasih
Moderator

EID MUBARAK 1431H

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA EIDUL FITRI 1431H
MAAF ZAHIR & BATIN
DARIPADA:
YDP IKRAM KUALA LANGAT
AJK IKRAM KUALA LANGAT

Risalah dari Prof. Dr. Muhammad Badie’ Mursyid Am Ikhwan Muslimin

Sunday, September 5, 2010

Risalah dari Prof. Dr. Muhammad Badie’ Mursyid Am Ikhwan Muslimin

Dengan nama Allah, segala puji hanya bagi Allah, selawat dan salam ke atas Rasulullah saw dan orang yang mengikuti selepasnya.

Ayuhlah kita mengenang semula Ghazwah Badar yang merupakan hari pemisahan, hari kemenangan sekelompok orang beriman yang sedikit bilangannya dan serba kekurangan persiapannya ke atas pembesar Quraisy yang sombong dan angkuh. Lalu Negara Islam yang baru muncul mula berakar umbi suatu hakikat yang terbukti dan kekalahan menimpa musyrikin Quraisy yang dirasuk keangkuhan, ketegaran dan kesombongan akibat kejahatan mereka.

Sempena peristiwa yang penuh keberkatan ini kita merenung sejenak keadaan kita dan keadaan umat kita yang lemah sambil bertanya: Adakah mungkin kita mampu mewujudkan Dua Badar sepertimana yang pernah dilakukan oleh para mukminin di Badar kerana Allah swt melihat kita dengan pandangan rahmat dan redha supaya kita menang seperti mereka telah menang?

Bersegera mempersiapkan diri

Sebahagian mukminin merasa cemas untuk menyahut seruan Rasul saw ketika berkata: “Kafilah dagang Quraisy membawa harta-harta mereka, keluarlah mendapatkannya mudah-mudahan Allah akan memberikan harta itu kepadamu”. Para mukminin berbelah bagi, setengah mereka bersegera menyahutnya dan sebahagian lagi merasa berat kerana mereka tidak percaya bahwa Rasulullah saw akan berjaya mendapatkannya. Namun apa yang berlaku kafilah dagang Quraisy telah terselamat sebaliknya para mukminin terpaksa bertemu tentera Quraisy yang mahu menghancurkan jamaah mukminah. Justeru peperangan tidak dapat dielakkan lagi. Nabi telah mengadakan mesyuarat dengan para sahabatnya. Lalu Saad bin Muaz pemimpin Bani Aus meluahkan pendapatnya:

“Sesungguhnya kami telah beriman denganmu dan kami telah membenarkanmu, dan kami telah bersaksi bahwa apa yang kamu bawa adalah benar. Kami telah memberikanmu janji dan kesetiaan kami untuk mendengar dan taat kepadamu. Teruskanlah mengikut kehendakmu ya Rasulullah seperti yang engkau kehendaki. Maka demi Dia yang mengutuskan dikau dengan kebenaran, seandainya engkau menyuruh kami mengharungi lautan ini pastilah kami akan mengharunginya bersama-sama engkau. Bahkan tiada seorangpun yang tertinggal dari kalangan kami. Kami sabar di dalam peperangan kami juga benar di dalam pertemuan. Maka gembirakanlah kami dengan keberkatan Allah”.

Contoh pujian Rasulullah saw kepada Saad seperti sabda Baginda bermaksud:

“Lelaki yang mengambil tali kendati kudanya setiap kali mendengar seruan suara keras yang sampai kepadanya”.

Kalaulah orang-orang muslimin yang terkemudian keluar ke Badar mengetahui bahawa akan berlaku pertembungan besar dengan musyrikin dan sejarah akan merakamkanpertembungan pada hari tersebut, pintu langit akan terbuka untuk menurunkan para malaikat yang berperang bersama para mukminin dan ruh-ruh para syuhada’ akan segera dinaikkan ke puncak langit, seandainya mereka tahu tentulah tiada seorang pun yang rasa berat untuk menyahut panggilan Rasulullah saw. Bahkan mereka akan bersegera dan berlumba-lumba menyahutnya.

Firman Allah swt bermaksud:

“Dan orang-orang yang beriman paling dahulu. Mereka Itulah yang didekatkan kepada Allah”. (Al-Waqiah: 10-11)

Bagi orang yang tertinggal mereka menanggung sebesar-besar kerugian kerana terlepas daripada menyertai Badar. Islam memberi keistimewaan kepada ahli Badar selepas itu. Keistimewaan ini sebagai jaminan dengan mengampun dosa yang dilakukan selepas Badar seperti yang dilakukan oleh Khatib bin Abi Balta’ah yang telah mendedahkan rahsia persiapan tentera muslimin untuk membuka Kota Mekah. Pada ketika Umar bin al-Khattab meminta izin dari Rasulullah saw untuk memenggal leher Khatib, Rasulullah saw bersabda bermaksud:

“Sesungguhnya Khatib bin Abi Balta’ah telah menyertai Badar. Tidakkah kamu ketahui bahawa Allah memberi keisimewaan kepada ahli Badar. Lalu Allah berfirman (Qudsi): “Lakukanlah apa yang kamu mahukan kerana Aku telah mengampunkan kamu”. (Muttafaq Alaih)

Bagi mereka yang terlepas dari menyaksikan Badar tentulah jiwanya merasa derita kerana mereka melihat kekurangan diri mereka yang tidak diampun melainkan ketulusan dalam tuntutan syahadah ketika awal jihad..Di antara mereka ialah Anas bin Nadhar yang berkata: “Sekiranya Allah swt memberi peluang kepadaku menyaksikan perang yang lain selepas ini bersama Rasulullah saw pastilah Allah swt kan melihat bagaimana saya melakukannya”. Begitulah kehebatan Anas yang berkata kepada sahabat yang lain dengan penuh adab dan warak dengan Allah swt. Kemudian beliau telah menyertai peperangan Uhud dengan penuh keberanian sehingga gugur syahid dan mendapat keredhaan Allah swt. Kepada beliau dan para sahabat yang lain Allah swt berfirman bermaksud:

“Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; Maka di antara mereka ada yang gugur. dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu- nunggu[1208] dan mereka tidak merobah (janjinya)”. (Al-Ahzab: 23) Hadith Muttafaq Alaih

Serba kekurangan bukan penghalang orang beriman daripada menuntut kemuliaan

Sebenarnya tentera muslimin yang keluar untuk menawan kafilah dagang Quraisy tidak bersedia untuk pertempuran besar. Bahkan bilangan mereka tidak lebih dari 313 orang lelaki yang bersama mereka hanya 70 ekor unta yang baru tumbuh gigi dan dua ekor kuda. Tentera yang lain adalah pejalan kaki. Keadaan mereka seperti yang diungkapkan oleh nabi saw di dalam doanya bermaksud:

“Ya Allah, sesungguhnya mereka lapar, lalu Engkau kenyangkanlah mereka. Ya Allah, mereka berkaki ayam lalu Engkau berilah mereka kenderaan untuk dinaiki. Ya Allah, mereka tidak berpakaian, lalu Engkau berilah mereka pakaian. Ya Allah, mereka miskin, lalu Engkau berilah mereka kekayaan dengan kurniaan Mu”.

Biarpun menukar pendirian dengan situasi yang baru pada keadaan yang tidak bersedia kerana kafilah dagang yang ingin disekat telah terlepas namun mereka tetap menyakini diri mereka untuk menghadapi tentera musyrikin Quraisy yang berjumlah tiga kali ganda. Mereka mempunyai dua pilihan sama ada menerima cabaran dan bersedia untuk bertempur tanpa mengira kekuatan yang ada atau mengutamakan keselamatan dan tidak menyahut cabaran Quraisy serta tidak menyertai peperangan yang diwajibkan ke atas mereka dan tidak memilih masa dan tempatnya..namun mereka memilih untuk berhadapan dan tidak mahu berundur serta memilih jihad yang diwajibkan ke atas mereka tanpa sedikitpun lari dari medan.

Bukankah sekian banyak si bacul mengutarakan hujah-hujah yang mengutamakan keselamatan pada setiap pendirian mereka dan si bacul dan pengecut menghiaskan hujah mereka dengan alasan hikmah, tanggungjawab dan rasional. Hujah-hujah ini kalau diterima oleh tentera muslimin di Badar, pastilah mereka akan terperosok ke dalam situasi yang penuh keuzuran dan helah, tetapi mereka mengutamakan pertembungan dengan tentera kuffar dan memilih hukum Allah yang merupakan sebaik-baik hukum..sama ada memperolehi kemenangan yang mengukuhkan kedudukan di hadapan golongan penindas dan penzalim atau memperoleh syahid yang dibukakan pintu syurga dan diberikan nikmat di dalamnya dengan keredhaan Allah swt sebagai tempat tinggal yang kekal dan tidak bertukar.

Pendidikan melalui takdir Illahi yang penuh hikmah

Orang Islam pada awalnya tidak mahu berperang, seperti yang dijelaskan oleh Allah dalam firman-Nya bermaksud:

“Sedangkan kamu mengingnkan bahwa yang tidak mempunyai senjata untukmu. Tetapi Allah hendak membenarkan yang benar dengan ayat-ayat-Nya dan memusnahkan orang-orang kafir sampai ke askar-askarnya. Agar Allah memperkuat yang hak (Islam) dan menghilangkan yang batil walaupun orang musyrik tidak menyukainya. Ingatlah, ketika kamu memohon pertolongan kepada tuhanmu, lalu diperkenankan bagimu, “Sunnguh, aku akan mendatangkan bala bantuan kepadamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut. (Al-Anfal: 7-9)

Tenyata pilihan Allah swt lebih baik daripada pilihan mereka untuk diri dan nyawa. Mereka mahukan unta yang membawa harta dagang yang diperolehi daripada harta mereka yang dihilang, namun Allah menghendaki bala tentera musyrikin supaya menjadi kemenangan yang besar kepada muslimin ke atas musyrikin dan supaya muslimin dapat menulis di dalam lembaran sejarah yang penuh kegemilangan dan supaya mendidik umat melalui takdir Allah yang berbuat menurut hikmah dan kebijaksanaan-Nya.

Pimpinan mengutamakan syura dan menegakkan keadilan

Nabi saw adalah orang yang paling banyak bermesyuarat dengan para sahabatnya padahal nabi disokong oleh wahyu. Nabi mahu mendidik sahabatnya supaya meyakini bahawa mereka memikul risalah dan berkongsi tanggungjawab tentangnya, memahami perbezaan antara kemaksuman penyampaian risalah dan situasi perang dan tipu helahnya. Antaranya mesyuarat Hubaib bin al-Munzir dengan Rasulullah saw untuk mengubah kedudukan tentera kepada kedudukan yang lain yang lebih sesuai dari segi strategi ketenteraan. Mesyuarat Saab bin Muaz dengan Rasulullah untuk mengesyorkan orang Islam membuat tempat perteduhan yang selamat untuk Rasullah saw bagi memimpin pertempuran. Kadang-kadang Rasulullah menyokong pendapat keduanya jikalau baginda melihat ada kebenarannya bahkan baginda melihat tidak timbul sebarang masalah atau kesulitan..Inilah pimpinan mukminah yang membuka jalan kepada akal untuk berfikir dan mencipta, dan jalan kepada lidah untuk berkata dan bersetuju.

Tentera muslimin hanya memiliki 70 ekor unta yang baru tumbuh gigi. Justeru tiga atau empat orang berkongsi menunggang satu unta. Seorang menunggang dan yang lain berjalan kaki secara bergilir-gilir. Bahkah Rasulullah turut berkongsi unta dengan dua sahabat yang lain. Kedua-dua lebih rela berjalan kaki dan mengutamakan baginda menunggang unta. Namun baginda menempelaknya dengan berkata: “Anda berdua bukanlah lebih kuat dari saya. Saya tidak memerlukan upah dari anda”. (An-Nasai)

Mendapatkan kemenangan dengan berdoa

Imam Ahmad meriwayatkan dalam Musnadnya daripada Ali bin Abu Talib yang berkata: “Anda telah lihat kami dan pada malam itu kami hanya tidur, melainkan Rasulullah saw yang berada di bawah sepohon pokok sambil menunaikan solat dan menangis hingga subuh. Hal ini berlaku pada malam Badar..Baginda banyakkan membaca Ya Hayyu Ya Qayyum sambil sujud. Nabi saw turut menadahkan tangan ke langit sambil merintih kepada Tuhan dengan berkata:

اللهم إن تهلك هذه العصابة لا تعبد بعدها في الأرض، اللهم أنجز لي ما وعدتني، اللهم نصرك

“Ya Allah seandainya kelompok orang Islam ini tewas dan binasa maka tentulah selama-lamanya tidak akan ada orang yang akan menyembahMu di muka bumi ini. Ya Allah, berilah pertolongan seperti yang Engkau telah janjikan itu. Ya Allah kami mengharapkan pertolongan Mu ”.

Rasulullah saw menadah tangan ke langit sehingga terjatuh selendang dari bahunya. Lalu Abu Bakar berkata kepada nabi dengan rasa kasihan: “Wahai Rasulullah, sebahagian yang kamu rintihkan kepada Tuhanmu pastilah Allah saw akan perkenankan apa yang dijanjikan itu”.

Tindakan nabi saw berdoa dengan perasaan rendah diri kepada Allah swt bukanlah semata-mata kerana jamaah mukminah cintakan kelangsungan dan mahukan keselamatan tetapi kerana memikul risalah kebenaran kepada seluruh alam. Justeru kebimbangan nabi kepada kemusnahan jamaah mukminah ini kerana bimbangkan dunia akan terbiar tanpa tanda-tanda petunjuk dan cahaya kebenaran..Doa adalah pati kepada ibadah bahkan doa adalah ibadah. Rasulullah saw adalah penghulu sekalian hamba. Tidak hairanlah sekiranya kesan permohonan kepada Allah swt berlaku dengan pantas dan spontan. Firman Allah swt bermaksud:

“Ingatlah, ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu, lalu diperkenankan bagimu, “Sungguh, aku akan mendatangkan bala bantuan kepadamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut”. (Al-Anfal: 9)

Dengan sebab itu para malaikat tiba dari langit dengan berturut-turut di mana mereka berturutan antara satu malaikat dengan malaikat yang lain atau malaikat berturutan dengan para mukminin sebagai bantuan untuk mereka..Para malaikat turut sama berperang pada Hari Badar seperti yang diriwayatkan oleh banyak hadith.

Merasa ghairah untuk mendapatkan syurga

Perasaan ghairah untuk mendapatkan syurga telah menggerakkan mereka dan mereka tahu ketentuan syurga sebagai barang dagangan Allah swt yang sangat mahal. Ketika nabi saw mendorong para sahabat untuk berperang, baginda telah bersabda :

“Demi jiwaku di tangan-Nya, Tiada seorangpun yang akan pergi berperang yang berjuang dengan penuh kesabaran, pengharapan dan keredhaan, melainkan Allah akan memasukkannya ke dalam syurga”.

Ketika itu Umair bin Hamam terdengar ucapan nabi sedang di tangannya beberapa biji kurma yang hendak dimakan, lantas berkata: “Ahh, benarkah yang memisahkan di antara saya dan orang yang di masukkan ke syurga hanya dengan cara mati syahid? Kalaulah saya terus menghabiskan kurma ini, maka ia terlalu lama”. Kemudian Umair mencampakkan kurmanya dan bergegas memerangi tentera musyrikin hingga beliau gugur syahid dan memperolehi keredhaan Allah swt.

Persaudaraan akidah

Ahli Badar hanya meletakkan kesetiaan mereka kepada Allah. swt Mereka mendahulukan persaudaraan akidah lebih dari yang lain dan mereka yakin bahwa memantapkan barisan mereka sebagai alat kemenangan. Mus’ab bin Umair melalui seorang sahabat yang menawan saudara kandungnya yang masih musyrik, Abu Aziz bin Umair. Lalu Mus’ab berkata kepada sahabatnya: “Saya sokong anda menawannya kerana ibunya mempunyai harta dan kaya. Mudah-mudahan ibunya akan menebusnya darimu”. Kemudian saudara kandung Mus’ab yang tertawan memalingkan wajah ke arahnya sambil berkata: “Wahai saudaraku inikah wasiat anda dengan saya”. Lalu Mus’ab mengabaikannya sambil berkata: “Dia saudara saya (merujuk kepada sahabatnya) bukan kamu!!”.

Melalui persaudara akidah menghubungkan kita dengan semua negeri Islam yang tertindas. Kita lihat mereka di Palestin, Iraq, Somalia, Afghanistan dan lainnya. Musuh sangat rakus ke atas mereka dan mereka menyerahkan kepadanya dengan penuh kejujuran. Justeru ayuhlah kita jadikan dua Badar supaya kita lihat dari lubuk jiwa kita Allah lebih baik dalam menyelamatkan mereka dan menolong mereka??

Peringatan tentang keghairahan mendapatkan harta rampasan perang

Al-Quran tidak mengkhususkan surah dengan nama Badar – sepertiyang berlaku kepada surah al-Ahzab dan al-Fath – tetapi terdapat kisahnya ternukil di Surah al-Anfal..Jelasnya di sini terdapat fakta penting yang perlu diteliti.

Terdapat celaan Tuhan kepada ahli Badar lantaran perselisihan mereka dalam soal pembahagian harta ghanimah – anfal- secara lembut dan tegas pada satu perkara. Penamaan surah dengan nama ini bertujuan untuk memanjangkan penelitian tentang celaan tersebut dan perkara di sebaliknya..Walaubagaimanapun perselisihan mereka pada perkara yang tiada nas tentangnya daripada Allah dan Rasul. Justeru setelah turun ayat al-Quran yang menerangkan pembahagian harta ghanimah tidak timbul lagi sebarang perselisihan di kalangan mereka, bahkan mereka hanya berkata “kami dengar dan kami taat”. Bahkan kebanyakan kes mereka lebih rela melepaskan hak-hak mereka selepas suatu masa dahulu mereka rakus apa yang menjadi hak orang lain.

Jelasnya, proses terapi al-Quran ke atas suatu perkara begitu menakjubkan kerana disebutkan perselisihan mereka di awal ayat dalam surah al-Anfal bermaksud:

“Mereka menanyakan kepadamu tentang (pembagian) harta rampasan perang. Katakanlah: "Harta rampasan perang kepunyaan Allah dan Rasul, oleh sebab itu bertakwalah kepada Allah dan perbaikilah perhubungan di antara sesamamu; dan taatlah kepada Allah dan rasul-Nya jika kamu adalah orang-orang yang beriman." (Al-Anfal: 1)

Namun perselisihan tersebut tidak selesai melainkan selepas tiba pada ayat ke 41 surah al-Anfal:

“Ketahuilah, Sesungguhnya apa saja yang dapat kamu peroleh sebagai rampasan perang, Maka Sesungguhnya seperlima untuk Allah, rasul, kerabat rasul, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan ibnussabil, jika kamu beriman kepada Allah dan kepada apa yang kami turunkan kepada hamba kami (Muhammad) di hari Furqaan, yaitu di hari bertemunya dua pasukan. dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu”. (Al-Anfal: 41)

Sepanjang 40 ayat hanya menyebutkan suasana pertempuran dan menumpukan kepada pembinaan akidah umat. Kemudian perselisihan tentang harta ghanimah dapat diselesaikan hanya dalam satu ayat. Oleh itu perselisihan tentang kepentingan nafsu tidak mampu diubati dengan hukum yang panjang, bahkan hanya dengan mengubati jiwa manusia dan meluruskan yang bengkok sehingga berada di atas landasan yang lurus seperti yang dikehendaki oleh Allah kepada para mukminin..

Keperihatinan ayat-ayat yang memerintahkan supaya bertakwa kepada Allah, swt memulihkan hubungan silaturrahim dan mentaati Allah swt dan rasul ialah bekalan kemenangan yang sepatutnya diambil untuk mengukuhkan tunjangnya. Perselisihan hati para mukmin adalah permulaan kekecewaan yang hanya akan berakhir dengan menghancurkan factor-faktor kekuatan dan kemenangan umat seluruhnya.

Sesungguhnya orang-orang yang meraih kemenangan di Badar hanya berselisih tentang harta ghanimah yang diperolehi daripada pihak kuffar, sedangkan kita sekarang hanya menyerahkan ghanimah dan anfal kepada musuh umat!!

Ya Allah perbaikilah keadaan kami di bulan yang mulia ini. Berilah sebaik-baik balasan kepada Islam dan muslimin dengan ahli Badar dan kurniakan rezeki kepada kami dengan mengasihi mereka dan mengikuti mereka.

Firman Allah swt bermaksud :

“Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal.”. (Yusof: 111)

Allah swt yang mengatakan kebenaran yang memberi petunjuk jalan yang lurus, Allah swt berselawat dan memberi salam dan keberkatan ke atas pemimpin kami Muhammad, saw keluarganya dan para sahabat seluruhnya.

Kaherah 16 Ramadhan 1431H bersamaan 26 Ogos 2010

Artikel asal: http://www.ikhwanonline.com/Article.asp?ArtID=69843&SecID=213

Dulu Dia Yg Teruk, Kini Dah Baik!!!

Tuesday, August 31, 2010


Assalamualaikum,

Berjumpa dengan bekas pelajar yg pernah dibimbing melalui program usrah adalah sesuatu yg menyeronokkan. Apatah lagi melihat perkembangan yang menarik yg mereka tunjukkan.

Teringat saya akan bekas pelajar ini yg pernah mengikuti usrah saya sekitar 4 tahun lepas. Dia merupakan antara pelajar lemah dalam akedemik dan di tambah dengan masalah disiplin yg agak serius. Saya tahu ada beberapa guru ketika itu yang tak berapa senang dengan kumpulan ini. Setiap kali ada masalah berkaitan salah laku pelajar, maka dia antara yg pertama di 'suspect'. Di Hira mereka bergerak secara kumpulan dan kebanyakkan mereka mempunyai perangai dan perawatakan yg sama.

Di pendekkan cerita, selama setahun bersama dalam usrah, 3 dari mereka berjaya melanjutkan pelajaran di IPTA (salah seorang dari mereka dah melanjutkan pelajar di seberang laut) , seorang bekerja dan seorang di Inst Latihan.

"Akh A buat apa sekarang??? tanya aku . "Nak cari kerja dan mungkin menunggu peluang untuk melanjutkan pelajaran pelajaran ke U, kalau ada rezeki. " Keputusan di Inst latihan dapat apa???, tanya aku.-"Cuma 3.4 CGPA jawabnya"- saya lihat slip keputusannya - 2A 4B-hebat tuuuu!!!!

Saya kagum dengan semangatnya yang ingin belajar lagi. Dia antara pelajar lemah di Hira dan pencapaiannya semasa SPM 4 tahun lepas, hanyalah 1A di samping beberapa C dan D dan E . Pernah dia datang meminta nasihat daripada saya berkenaan masa depannya.

Alhamdulillah setelah berbincang, saya bawa dia berjumpa dengan kenalan saya di Ins latihan dan dia di tawarkan belajar di situ di bidang Sijil Elektrik. Pencapaiannya cemerlang dan sekali lagi dia datang meminta nasihat untuk langkah seterusnya. Maka saya bawa dia berjumpa dengan kawan saya di Inst Latihan Lanjutan bagi melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma. Sekali dia menunjukkan prestasi yang membanggakan dan menjadi antara pelajar terbaik di Peringkat Diploma kursus tersebut.

Selain dari Sijil dan Diploma, dia juga memperolehi sijil kemahiran elektrik dan saya kira dengan semuanya itu , senang-senang jika dia memasuki pasaran pekerjaan sepenuhnya, maka gajinya akan sebanding dengan mereka kelulusan ijazah.

Apa yang saya ingin bawakan disini, bahawa budak-budak yang lemah jangan kita sisihkan tetapi cuba cungkil dimana potensi diri mereka yang boleh kita bangunkan. Pelajar yang lemah, ataupun yang mempunyai disiplin kurang baik ada puncanya. Jika kita berjaya mencari puncanya, maka insyaAllah mereka akan menjadi manusia sebenarnya.

InsyaAllah berjumpa lagi dengan cerita lain berkenaan pelajar-pelajar Hira di sepanjang perjalanan saya. Sejuk mata memandang melihat mereka berjaya di ketika mana kita memasuki alam senja.

ARMA

GAZA WALK DAN KONVOI PALESTIN KUALA LANGAT


Salam, ramadan karem.

IKRAM Kuala Langat telah menggabungkan program GazaWalk dan Konvoi Palestine pada 21 Ogos 2010 di perkarangan Surau Al-Falah Pekan Banting. Program bermula jam 1.00 petang dengan pembukaan gerai pameran/jualan. Selepas solat Zohor, para remaja/pemuda IKRAM Kuala Langat dalam 4 kumpulan telah bergerak sekitar Bandar Banting seperti stesen bas Banting, teksi, bazaar Banting, kedai-kedai dan pasaraya (MEGAH dan Econsave) untuk mengedarkan risalah dan jualan cenderamata Palestine seperti mafla dan lencana juga mengutip tabung untuk Palestine.

Bermula jam 3.30 petang pula majlis pelepasan konvoi Palestine yang disertai sebanyak 12 buah kenderaan disempurnakan oleh Hasnul Baharudin (Ahli Majlis daerah Kuala langat). Konvoi singgal di Masjid Kampung Medan untuk solat Asar dan mengedaran risalah. Akhirnya konvoi selamat sampai di masjid Negeri Shah Alam pada jam 5.30 petang.

Program Penghayatan Ramadhan Kaum Ibu

Assalamualaikum.


Surau Fatimah Syeikh Soltan, Taman Pewira, Sijangkang telah dapat menjalankan program Penghayatan Ramadhan untuk kaum ibu dengan kerjasama akhawat IKRAM dengan lancar.

Seramai lebih kurang 40 orang kaum ibu telah hadir. Program dimulai solat Dhuha dan solat Hajat diimamkan oleh Ustazah Zainon dan solat Tasbih diimamkan Ustazah Hasnita.

Selesai solat tazkirah diberikan oleh Ketua Wanita IKRAM Kuala Langat, Dr Ruziatun dengan tajuk tazkirah 'Puasa dan Kesihatan Wanita'. Gerai Aqsa Syarif juga telah dibuka.

Program ini telah dapat memperkenalkan IKRAM dan Aqsa Syarif kepada penduduk setempat selain ingat mengingati untuk menghayati Ramadhan yang mulia ini.

Noraznayati Abd Manap

Ihya Ramadhan Hawa 1431H


Salam, Ramadan Kareem.

Masjid Ar-Raudhan Kampung Sg Kelambu dengan kerjasama JKKK Kg Sg Kelambu dan IKRAM Kuala Langat telah menganjurkan program IHYA RAMADAN HAWA pada 28 Ogos yang lalu. Program yang dihadiri hampir 80orang yang terdiri dari kaum ibu dimulakan pada jam 8.30pagi dengan solat dhuha, hajat dan tasbih yang dipimpin oleh Ust Nor Hisham (Pengerusi Tarbiah IKRAM Kuala Langat). Kemudian Ust Nor Hisham memberikan tazkerah ramadan yang berjaya menarik perhatian pada hadirin. Selepasnya, Dr Ruziatun (Ketua Wanita IKRAM Kuala Langat) pula memberikan pengisian disekitar tajuk "Ramadan dan Kesihatan". Program ditutup dengan program Khatam Al-Quran yang merupakan kesinambungan program tadarus yang disertai oleh kaum ibu sejak awal ramadan lagi. Program bersurai sebelum jam 1 petang.

Dalam program ini, gerai pameran dan jualan Aqsa Syarif turut dibuka dan berjaya menarik perhatian para hadirin. Dihujung program, jumlah derma Palestine yang berjaya dikutip ialah sebanyak RM200.50. Program berkenaan menjadi platform untuk kami memperkenalkan IKRAM dan juga Aqsa Syarif kepada masyarakat.

Sekian, wasalam.
Cikgu Yusri.

Majlis Khatam Quran Masjid Sultan Alaeddin


Assalamualaikum wrb,

29/8/10 (Ahad), selesailah sudah program bersama kariah wanita Kg.Bandar dalam majlis Khatam Quran sebagai salah satu program penghayatan ramadhan. Program ini adalah program kemuncak kepada program tadarus yang diadakan setiap minggu dalam bulan ramadhan ini selain daripada program berkala yang berupa kuliah mingguan sebagai persiapan ramadhan termasuklah program tips kesihatan.

Program ini adalah anjuran Biro Wanita Masjid Sultan Alaeddin dengan kerjasama Maahad Tahfiz Integrasi Sains & Teknologi Istana Bandar (MITIB) dan Aqsa Syarif / IKRAM K.Langat.
Dengan kehadiran sekitar 40 orang terdiri dari ibu2 dan anak2 remaja, Alhamdulillah program telah berjalan lancar.

Dimulai dengan solat sunat Dhuha, taubat, hajat dan tasbih dibawah pimpinan Ustazah Norwani dari MITIB dan diikuti dengan majlis berkhatam Quran.

Sessi tayangan multimedia palestin/Aqsa Syarif berjaya menarik perhatian para hadirin dan sedikit sebanyak memberi pendedahan dan kesedaran untuk membantu dengan membeli sambil menderma barangan yang dijual serta mengisi tabung palestin. Hasil kutipan dari jualan dan derma dianggarkan sekitar RM200.

Majlis diakhiri dengan tazkeerah oleh Pengetua MITIB, Y.Bhg. Ustaz Anas b. Ayob.

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada ikhwah/akhwat yang hadir Ukhti Dr.Fuziah, Ukhti Noor Alistri dan anak2, Ukhti Poniah, anakanda Amal dan lain-lain.
Prog ini Alhamdulillah dpt memperkenalkan IKRAM/AS kpd hadirin.

Wassalam
Ummu Salam

Majlis Iftar bersama PERKIM


MAJLIS IFTAR DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEPADA SAUDARA BARU ANJURAN BERSAMA IKRAM KUALA LANGAT DAN PERKIM KUALA LANGAT.

IKRAM Kuala Langat berjaya membuka medan baru yang selama ini telah pun digerakkan di peringkat pusat iaitu program bersama saudara baru. Program ini dilaksanakan pada 28 Ogos 2010 yang lalu di pejabat Perkim Kuala Langat (selang satu blok dengan pejabat IKRAM Kuala Langat). Program dimulakan dengan Tazkerah ramadan yang disampaikan sendiri oleh YDP IKRAM Kuala Langat, Ust Asmadi Mustakim.

Dalam majlis ini, IKRAM telah menyampaikan sumbangan dalam bentuk wang manakan Perkim menyampaikan sumbangan dalam bentuk barangan keperluan seperti beras, tepung, gula dan lain-lain kepada 21 keluarga saudara baru. Program berakhir sehingga selepas solat terawikh. Secara keseluruhan pihak Perkim amat mengalu-alukan kerjasama dengan pihak IKRAM dan amat berharap kerjasama ini akan berterusan pada masa akan datang.

Sekian, wasalam.
Cikgu Yusri

MAJLIS IFTAR BERSAMA PERKIM KUALA LANGAT DAN IKRAM KUALA LANGAT

Wednesday, August 25, 2010

'klik gambar di atas untuk besarkan'

MAJLIS IFTAR BERSAMA PERKIM KUALA LANGAT DAN IKRAM KUALA LANGAT

Assalamualaikum wbt.,

Ikhwah dan akhawat yang Allah kasihi.

Selamat menempuh Fasa Keampunan Allah, di fasa ke dua Ramadhan ini.

IKRAM Kuala Langat dalam usaha untuk mewujudkan kecemerlangan ukhuwwah bersama masyarakat, julung kalinya akan menganjurkan Majlis Iftar Ramadhan bersama-sama dengan saudara-saudara (SB) yang bernaung di bawah Pertubuhan PERKIM Daerah Kuala Langat. Seramai 20 keluarga dijangka hadir dalam majlis tersebut. Pihak pengurusan PERKIM daerah amat mengalu-alukan program seumpama ini, demi merapatkan jurang perhubungan SB ini dengan masyarakat islam setempat.

Maklumat majlis adalah seperti berikut:

Tarikh : Sabtu, 28/8/2010
Tempat : PERKIM Cawangan Kuala Langat
7 Jalan Emas 8
(Sebelah Restoran Pelanga & TESCO)
Bandar Baru Sungai Emas
Agenda :
5.45 ptg : Hadirin mengambil tempat
6.00 ptg : Ucapan Alu-aluan wakil PERKIM
6.10 ptg : Ucapan Aluan-aluan YDP IKRAM Kuala Langat
6.20 ptg : Tazkirah Ramadhan - Ustadz Mohd Norhisam Ahmad
7.20 ptg : Persediaan berbuka puasa
7.30-9.30mlm : Berbuka puasa, Solat Maghrib, Isyak & Tarawih berjamaah
9.35 mlm : Penyampaian sumbangan kepada SB (* tentatif *)
9.50 mlm : Bersurai


Sebagai urusetia, saya amat mengharapkan sumbangan ikhlas ikhwah dan akhawat, samada berupa kewangan, tenaga dan sebagainya sekelian untuk menjayakan majlis ini.


Ramadhan yang mulia ini, limpahilah dengan sumbangan/sedekah/zakat kepada salah satu asnaf zakat yang masih lagi berjinak-jinak dengan islam dan iman.

Sumbangan/sedekah/zakat boleh disalurkan kepada Bendahari atau saya sendiri sebelum majlis tersebut.

Ikhwah dan akhawat diminta hadir, terutamanya kepda Ahli Jawatankuasa Daerah.

Pohon doa antum agar majlis tersebut dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Jzkk
Setiausaha

Laporan Program Tadarus Al-Qur'an

Tuesday, August 24, 2010

Assalamualaikum wbt.,

Program Tadarus Al-Qur'an untuk akhawat Kuala Langat telah diadakan di Pejabat Utama semalam (22/8/10). Program pertama ini, walaupun kehadiran hanya 8 orang dewasa dan remaja, ini tidak mematahkan semangat para akahawat untuk meneruskan program tersebut yang bermula pada 9.30 pagi sehingga tamat pada jam 11.30 pagi.

Bagi pihak Ketua Wanita IKRAM Kuala Langat, saya mengucapkan berbanyak terima kasih dan jazakumullah kepada semua yang hadir.

Sama-sama mendoakan agar ia lebih berjaya di masa hadapan.

Dr Fuziah Osman

PROGRAM WANITA IKRAM KUALA LANGAT BERSAMA MASYARAKAT

PROGRAM WANITA IKRAM KUALA LANGAT BERSAMA MASYARAKAT 1. PROGRAM PENGHAYATAN RAMADHAN
Tempat: Surau Fatimah Syaikh Sultan / Taman Pewira, Sijangkang.
Tarikh : Jumaat - 27 Ogos 2010.


2. PROGRAM IHYA’ RAMADHAN HAWA – MUSIM KE 2
Tempat : Masjid Ar-Raudhah, Kampung Sg. Kelambu.
Tarikh : 28 Ogos 2010.
Agenda : Solat Taubat / Dhuha / Tasbih.
Tazkirah : Ustadz Mohd Norhisham Bin Ahmad.
Tips Sihat dan Ceria Sepanjang Usia : Dr Ruziatun Hashim.
PIC : Nor Aisah Baharin (Biro pendidikan Masjid Sg. Kelambu)


3. MAJLIS KHATAM AL-QURAN
Tempat : Masjid Kampung Bandar.
Tarikh : Ahad - 29 Ogos 2010.
Agenda : Ceramah Ramadhan, Madrasah Kecemerlangan Ummah. : Ustaz Anas
Pengetua, MITIB Selangor, Kg Bandar
PIC : Dr Siti Zariah Jali (Biro Wanita Masjid Bandar)


Meja jualan barang-barangan AqsaSyarif.com dibuka setiap tempat program.
PIC jualan : Alistri Ismail & Dr Fuziah Osman.

Marilah beramai-ramai ya akhawat mengambil kesempatan ini untuk membawa anak-anak perempuan kita / rakan-rakan usrah / jiran tetangga / rakanita bagi menyuburkan pembangunan rohani ahli keluarga dan masyarakat.


Jazakumullah
DR FUZIAH OSMAN
Penyelaras
Biro Keluarga dan Aulad

Program Penghayatan Ramadhan

Friday, August 20, 2010


' klik gambar untuk besarkan'

Tabung IKRAM Kuala Langat

Mari Berhenti Di Stesen Besar Iman

Thursday, August 19, 2010

Assalamualaikum wbt.,

Air tidak pernah melawan kekuasaan yang Allah ciptakan untuknya.

Ia mencari dataran rendah dan menjadi semakin kuat apabila disekat serta menjadi nyawa kepada kehidupan.

Api pula sentiasa menjulang.

Udara sentiasa mencari daerah rendah dari kawasan yang tinggi sehingga angin pun mampu berhembus.

Sistem orbit yang wujud dalam keluarga galaksi membuatkan manusia mampu :
a. Mencipta alat pengukur waktu.
b. Menulis sejarah.
c. Mencatat musim.

Semuanya bergerak dalam suasana harmoni yang menakjubkan.

Ruh pun dengan karakternya sebagai ciptaan Allah menerobos kesukaran menjelmakan dirinya ketika suasana tarikan graviti ‘jasad di bumi’ memberatkan penjelajahannya menembusi halangan dan badai cakrawala.

Namun di bulan Ramadhan, ruh itu menjadi begitu ringan menjelajahi ‘langit ruhani’.

1. Cubalah cari bulan lain (di luar Ramadhan) ketika seseorang dapat mengkhatamkan tilawah Al Quran satu, dua, tiga hingga empat kali dalam sebulan.
2. Cubalah cari saat lain (di luar Ramadhan) ketika seseorang dapat berdiri lama di malam hari menyelesaikan sebelas atau dua puluh tiga rakaat.
3. Cubalah cari musim kebajikan lain (di luar Ramadhan) ketika seseorang begitu dengan mudahnya melepaskan ‘ular harta’ yang membelitnya.

Inilah saat yang membuka seluas-luasnya kesempatan ruh untuk :
a. Mewujudkan dirinya.
b. Mendakap erat-erat fitrah dan karakteristiknya.

KEDEKATAN DIRI DI TENGAH KETERASINGAN

Manusia di zaman kini mungkin mentertawakan muslim Arab Badui yang bersahaja ketika ia bertanya:

“Ya Rasulullah, dekatkah Tuhan kita sehingga saya cukup hanya dengan berbisik sahaja atau jauhkah Ia sehingga saya mesti berseru kepadaNya?”

Bagaimanakah rupa hati di mana Tuhan tidak lagi bertakhta di sana?

a. Betapa miskinnya anak-anak zaman kini di saat mereka saling benci membenci dan bantai-membantai.
b. Betapa sengsaranya mereka ketika menikmati kebebasan tanpa batas iaitu makan- minum berlebihan, seks luar nikah, riba, rasuah, syahwat dan lain-lain padahal mereka masih berpijak di bumiNya.
c. Betapa sedihnya apabila para pendakwah sendiri pening kepala dalam menghadapi kehidupan dan persoalannya, padahal merekalah yang memberikan arahan serta menuturkan pesanan suciNya.

Semua ayat dari 183-187 surah Al-Baqarah berbicara secara terang tentang puasa. Hanya satu ayat yang tidak menyentuhnya secara terus, namun sukar untuk mengeluarkannya dari inti hikmah puasa.

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (katakanlah): ‘Sesungguhnya Aku ini dekat…” (QS Al-Baqarah : 186)

Apa yang berlaku kepada manusia dengan hati yang kosong dari kedekatan ini?

Mereka menjadi pandai untuk tampil dengan wajah tanpa dosa di depan masyarakat umum.

Namun beberapa minit sesudah penampilan tersebut :
1. Mereka menjadi “Dracula” yang haus darah dan bukan lagi menjadi nyamuk yang zuhud.
2. Mereka menjadi lalat yang terjun terus ke bangkai-bangkai dengan rakusnya.

Bagaimana mereka menyelesaikan masalah antara mereka?
1. Tebang pokok berhektar-hektar, hancurkan hutan demi kepentingan peribadi dan keluarga.
2. Berjuta pil pembunuh mengisi kekosongan hati ini.
3. Berapa lagi bayi yang akan lahir tanpa status bapa yang syar’ie?
4. Berapa lagi rakyat yang menjadi keldai tunggangan ahli politik yang rakus?
5. Berapa banyak lagi ayat-ayat dan pesanan yang dibacakan sementara hati tetap keras membatu?
6. Berapa banyak mangsa yang berjatuhan sementara sesama saudara Muslim saling tidak peduli?


NUZUL QUR’AN DI HIRA’ DAN DI HATI

Ketika pertama kali Al Qur’an diturunkan, ia telah :
a. Menjadi petunjuk untuk seluruh manusia.
b. Menjadi petunjuk bagi mereka yang menjalankan perintahNya dan meninggalkan laranganNya.
c. Menjadi suatu yang benar-benar berguna bagi kaum yang beriman dan menjadi kerugian bagi kaum yang zalim.

Kelak akan tiba masanya apabila seseorang menyalahkan panduan-panduan Al Qur’an, padahal tanpa panduan-panduan tersebut, kehidupan akan menjadi kacau.

Ada juga orang yang berfikir bahwa malam Al Qadr itu telah selesai kerana Allah menyatakannya dengan “Anzalnahu” (kami telah menurunkannya) tanpa melihat secara mendalam kepada perkataan “tanazzalul Malaikatu wal Ruhu” (pada malam itu turun menurunlah Malaikat dan Ruh) dengan kata kerja yang bersifat tetap.

Apabila malam menjelang ketika matahari terbenam, siapakah mereka yang tidak dapat menemui malam samada ia :
1. Kafir atau mukmin?
2. Fasik atau soleh?
3. Munafik atau shiddiq?
4. Yahudi atau Nasrani?

Jadi apakah malam itu malam fizikal yang meliputi semua orang di sesebuah kawasan?

Jadi ketika Ramadhan di gua Hira’ itu, malamnya disebut malam Al Qadr, ketika turun sebuah pedoman hidup yang terbaca dan terjaga.

Maka betapa bahagianya setiap mukmin yang sedar dengan turunnya Al Qur’an di hati mereka pada malam qadarnya masing-masing, ketika jiwa menemui jati dirinya yang sentiasa merindui dan mencari Yang Maha Pencipta.

Yang tetap terbelenggu selama hayat di kandung badan ialah badan itu sendiri di mana ia tidak dapat melampiaskan kesenangannya kerana sentiasa ada keterbatasan bagi setiap kesenangan.

1. Batas makanan dan minuman yang lazat adalah keterbatasan perut dan segala yang lahir dari proses tersebut.
2. Batas kenikmatan bersama isteri ialah apabila menghilangnya kenikmatan di puncak kegembiraan.
3. Batas nikmatnya dunia ialah ketika ajal tiba-tiba menemui tempat berhentinya iaitu kematian.


BACA AL QUR’AN DAHULU, KEMUDIAN YANG LAIN

a. Bacalah Al Qur’an iaitu ruh yang menghidupkan.
b. Sinarilah kefahaman dengan sunnah.
c. Perkayakan wawasan dengan sirah.

Niscaya Islam itu terasa :
1. Nikmat.
2. Harmoni.
3. Mudah.
4. Lapang.
5. Serasi.

Al Qur’an membentuk bingkai berfikir.

1. Ia adalah garis perjuangan yang utama.
2. Nilai-nilainya menjadi kayu pengukur keadilan, kewajaran dan kesesuaian dengan karakter, fitrah dan watak manusia.
3. Penguasaan tema-temanya menghindarkan kita dari pandangan yang juzi’yah.

Seruannya dengan kelengkapan sunnah yang sederhana begitu menyentuh dan tidak dapat disangkal lagi bahwa ianya akan memudahkan orang :
a. Memahami Islam.
b. Menjauhkan dari perselisihan.
c. Menjana tenaga ummah.

Betapa dakwah Al Qur’an dengan madrasah “tahsin”, “tahfiz”dan “tafhim”nya telah membangkitkan kembali semangat keislaman lebih-lebih lagi di jantung tempat kelahirannya sendiri di mana ahlinya sentiasa menjadi pelopor jihad di garisan hadapan jauh sejak awal sejarah ummat ini bermula.

1. Apabila Rasulullah saw meminta orang menurunkan jenazah, dimintanya yang paling banyak penguasaan Qur’annya.
2. Bila menyusun komposisi pasukan, diletakkannya pasukan mereka yang lebih banyak
hafalannya.
3. Bahkan di permulaan dakwah, apabila di Tanya : ‘Siapakah yang berani membacakan surah Ar Rahman di Ka’bah?’. Lalu tampil Ibnu Mas’ud dengan berani dan tidak menyesal atau takut walaupun pingsan dipukul oleh musyrikin kota Makkah.


PUASA ADALAH DAKWAH, TARBIYAH, JIHAD DAN DISIPLIN

a. Orang yang ditempa dengan makan sahur di saat enaknya manusia lain yang tertidur lelap.
b. Orang yang berdiri lama di malam hari dalam qiyam Ramadhan setelah siangnya berlapar dahaga.
c. Orang yang menahan segala pembatal puasa zahir dan batin.

Sudah semestinya golongan di atas mampu mengatasi masalah-masalah dakwah dan kehidupannya tanpa :
a. Keluhan.
b. Keputusasaan.
c. Kepanikan.

Musuh-musuh ummat ini semestinya belajar untuk mengerti bahwa :
1. Bayi yang dilahirkan di tengah badai tidak akan gentar menghadapi deruan angin.
2. Yang biasa menggenggam api jangan diancam dengan percikan air.

Mereka adalah ummat yang biasa :
1. Menentang kedinginan air di akhir malam.
2. Lapar dan dahaga di bawah panas terik matahari siang.
3. Memburu dan menunggu sasaran perjuangan, jauh sehingga sampai ke akhirat negeri keabadian dengan kekuatan keyakinan yang melebihi kepastian fajar menyingsing.

Namun bagaimana mungkin kita boleh mengajar orang lain sedangkan kita tidak mampu memahami ajaran kita sendiri?

Yang tidak punya apa-apa tidak akan mampu untuk memberi apa-apa.

1. Wahyu pertama turun di bulan Ramadhan.
2. Pertempuran dan inisiatif awal di Badar juga di bulan Ramadhan.
3. Kemenangan dan pembukaan wilayah juga berlaku di bulan Ramadhan.

Ini menjadi inspirasi betapa madrasah Ramadhan telah menghasilkan produk yang begitu banyak di samping alumni-alumninya yang unggul di mana kemuliaan membentang dari Timur ke Barat zaman.

Bila mulut mereka bergetar dengan ayat-ayat suci dan hadits-hadits, mulutmu juga menggetarkan kalimat yang sama.

Adapun HATI dan BUKTI, itulah soalan besar yang menunggu jawaban serius.

Ya Allah, kami memahami bahwa Ramadhan adalah sebuah stesen besar dalam perjalanan iman kami. Kami perlu berhenti di sini untuk mengambil bekalan-bekalan yang cukup sebelum kami boleh meneruskan perjalanan menuju kehidupan abadi di sisiMu. Mudahkanlah kami mengutip bahan-bahan yang cukup bernilai dan berharga di dalamnya sehingga kami dapat menghasilkan produk yang benar-benar berkualiti dan diterima di sisiMu.

Ameen Ya Rabbal Alameen
WAS

Majlis Iftar Jamaiy IKRAM Kuala Langat

Monday, August 16, 2010

Assalamualakum wbt.,

Seramai lebih daripada 100 orang telah menghadiri Majlis Iftar Jamaiy IKRAM Kuala Langat pada 14 Ogos 2010. Mereka terdiri daripada ahli IKRAM daerah,anak-anak, saudara baru, rakan-rakan dan penduduk setempat. Majlis telah diadakan di Kediaman Haji Abdullah Sani, berdekatan dengan Masjid Alauddin Syah Kampung Bandar, sebuah kampung bersejarah di sini.
Aturcara yang bermula sejak dari pukul 6.00 petang itu dimulakan dengan penyampaian tazkirah oleh Yang Dikasihi, Ustadz Mohd Norhisam Ahmad yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tarbiah IKRAM Kuala Langat.

Dalam tazkirahnya, Ustadz mengingatkan agar hubungan dengan ibu bapa hendaklah ditambahkan keeratannya biarpun telah berkeluarga. Beliau mengambil kisah seerah sahabat Uwais Al-Qarni – calon ahli syurga menurut ArRasul, yang setia membelai dan mengurus kedua-dua ibu bapanya yang telah lanjut usia, dengan penuh ketaatan dan kesabaran serta mengharapkan redha Allah semata-mata. Sahabat ini amat mengutamakan ibu bapanya daripada dirinya sendiri.

Dalam ucapan Ustadz Muhammad Asmadi Mustakim selaku YDP IKRAM daerah, beliau mengingatkan

semua ahli IKRAM agar sentiasa sensitif dan beristiqamah menghadiri program-program IKRAM walaupun tanpa menerima arahannya. Para ahli seharusnya bersikap tegas memberikan keutamaan kepada aturcara yang dianjurkan oleh IKRAM daerah.

Hidangan ‘buffet’ telah disediakan dengan menu terdiri daripada kari kambing masalla, ayam merah, nasi tomato dan lain-lain, ditambah seri juadah yang dibawa oleh para hadirin. Amat menyelerakan. Para hadirin dan tetamu juga telah dibekalkan dengan bungkusan lauk-pauk untuk hidangan bersahur mereka.

Seusai bersolat Isyak dan Tarawih, para tetamu telah beramah mesra antara satu sama lain sambil menghadapi hidangan moreh.

IKRAM Kuala Langat mengucapkan Jazakumullah khairan khatira kepada Tuan Rumah yang telah menyediakan pelbagai kemudahan untuk majlis tersebut.

Moga Allah rahmati.

Sekian.
Setiausaha

Menanam Pokok Di Bulan Ramadhan

Friday, August 13, 2010

Assalamualaikum wbt.,

Ibarat sebuah tanaman, amal-amal soleh di bulan Ramadhan adalah pokoknya dan musimnya adalah bulan Ramadhan.

Apa sahaja pokok yang kita tanam di sepanjang Ramadhan, itulah buah yang akan kita petik dan nikmati kerana :

"Siapa yang menanam maka dialah yang akan menuai".

Persoalannya adalah pokok apakah yang perlu kita tanam di bulan suci ini?

Paling tidak ada sepuluh (10) pokok yang mesti kita tanam di sepanjang bulan Ramadhan ini :

POKOK PERTAMA - Puasa

Puasa bukan sekadar menahan perkara-perkara yang membatalkan puasa samada makan, minum atau hubungan biologi antara pasangan dari sejak terbit fajar sehingga terbenamnya matahari sahaja.

Ini adalah kerana, kalau hanya sekadar menahan yang demikian, boleh jadi anak kecil yang belum baligh sekalipun sudah mampu melakukannya. Betapa anak-anak kita sudah belajar berpuasa semenjak di bangku sekolah lagi bukan?

Jadi, kalau demikian, apakah bezanya puasa kita dengan mereka?

Mesti kena ada nilai yang lebih, iaitu menjaga dari yang membatalkan nilai dan pahala puasa.

Apakah yang membatalkan nilai puasa?

Di antaranya :

Bercakap bohong.
Mengejek.
Melaga-lagakan.
Mengumpat.
Hasad dengki.
Oleh yang demikian, mata, telinga, lidah, tangan, kaki dan anggota badan kita kena ikut sama berpuasa.

"Betapa ramai orang yang berpuasa, tidak mendapatkan sesuatu kecuali hanya rasa lapar dan dahaga semata-mata." Begitulah penegasan Rasulullah saw.

POKOK KEDUA - Sahur

Sahur bukanlah pengganti kepada sarapan pagi dan bukan pula penambah kepada makan malam namun sahur yang penuh berkat itu dilakukan di akhir waktu menjelang fajar.

Di sinilah waktu-waktu yang sangat mahal di mana doa dikabulkan dan segala permintaan dipenuhi sehingga ketika kita melaksanakan sahur, jangan sekali-kali sambil :

Menonton televisyen.
Mendengar hiburan yang melalaikan.
Sibukkanlah diri dan keluarga kita dengan mensyukuri nikmat Allah dengan bersama-sama melaksanakan sunnah sahur ini dengan penuh berkat dan perasaan kekeluargaan.

"Bersahurlah, kerana dalam sahur itu ada keberkatan." Begitulah sabda Rasulullah saw yang mengajarkannya kepada kita.

POKOK KETIGA – Berbuka Puasa

Adalah menjadi sunnah menyegerakan berbuka puasa. Ketika kita mendengar berkumandangnya azan Maghrib, segeralah berbuka puasa. Jangan dilambat-lambatkan atau ditunda selepas solat sunat tarawih dan sebagainya.

Dengan apakah kita berbuka?

Sunnahnya dengan "ruthab" atau kurma muda.

Berapa biji?

Ikut bilangan ganjil satu atau tiga biji, namun kalau tidak ada, boleh dilakukan dengan seteguk air kosong. Itulah yang dilakukan oleh Rasulullah saw.

Berbuka puasa bukanlah acara balas dendam di mana setelah seharian menahan lapar, ketika beduk Maghrib berbunyi, seakan-akan kita ingin melampiaskan rasa lapar kita dengan memakan semua yang ada. Perilaku seperti ini tentunya tidak akan membawa kesan perubahan dalam kehidupan pelakunya.

Justeru dengan berlapar sambil merenungkan hikmah puasa dan menjadi bukti kesyukuran adalah sebahagian dari tujuan berpuasa sehingga dengan secara sedar dan insaf, kita berdoa di saat berbuka:

"Ya Allah, kepadaMu aku berpuasa, dengan rezekiMu aku berbuka, telah hilang rasa haus (dahaga) ku, kerongkongan telah basah, kerana itu, tetapkan pahala bagiku, insya Allah."

POKOK KEEMPAT – Solat Tarawih

Tarawih berasal dari akar kata "raaha-yaruuhu-raahatan-watarwiihatan" yang bererti :

Rehat.
Istirehat.
Bersenang-senang.
sehingga solat tarawih diumpamakan sebagai solat yang dilaksanakan dengan :

Thuma'ninah.
Mudah.
Khusyu'.
Penuh penghayatan.
bukan hanya sekadar mengejar sasaran bilangan rakaatnya sahaja.

Kalau kita mahu buat lapan, dua puluh, tiga puluh enam, sila kerjakan asalkan kita memperhatikan rukun, wajib, dan sunnah solat.

Kalau kita disuruh memilih,

Apakah solat tarawih di masjid yang dalamnya dibaca "idzaa jaa'a nashrullahi wal fathu".
atau

Solat tarawih di masjid yang dibaca "idzaa jaa'akal munaafiquna qaaluu nasyhadu innaka larasulullah…"
Kita pilih yang mana?

Kita tidaklah dalam keadaan ingin membandingkan surah yang dibaca, semuanya adalah surah dalam Al-Qur'an, namun kita ingin membandingkan sikap kita, apakah kita pilih yang panjang-panjang namun khusyu' atau pilih yang pendek-pendek namun secepat kilat.

Umat Islam mesti berani membuat penilaian diri dalam hal pelaksanaan solat tarawih ini kerana sudah kesekian kalinya kita melaksanakan solat tarawih dalam hidup kita, namun kita belum :

Mampu meresapinya dalam hati.
Merenungkan dan mendapatkan rasa lazatnya solat.
Bermunajat kepada Allah swt secara langsung.
Bukankah Rasulullah saw telah menunjuk ajar kepada kita bahwa ketika beliau solat tarawih, di raka'at pertama setelah beliau membaca surah Al-Fatihah, beliau membaca surah Al-Baqarah sampai selesai.

Para sahabat mengira bahwa beliau akan ruku', namun beliau meneruskan membaca surah An-Nisa' sampai selesai.

Para sahabat kembali mengira bahwa beliau akan ruku', namun kembali beliau membaca surah Ali-Imran sampai selesai, barulah beliau ruku'.

Sedangkan ruku', i'tidal dan sujud beliau lamanya seperti beliau berdiri rakaat pertama…Subhanallah!

Tentunya kita tidak sekuat Rasulullah saw, namun yang kita patut contohi dari beliau adalah perlaksanaannya iaitu dengan cara yang thuma'ninah, khusyu' dan penuh tadabbur.

POKOK KELIMA - Membaca Al-Qur’an

Membaca Al-Qur'an atau yang masyhurnya disebut tadarus Al-Qur'an. Tadarus bukan hanya dilakukan di bulan suci ini, bahkan juga dilakukan setiap hari di luar Ramadhan, namun pada bulan suci ini tadarus lebih :

Diperkuatkan.
Ditambahkan kuantitinya.
Diperhalusi kualitinya.
setiap malam.

Rasulullah saw bergantian bertadarus dan mengkhatamkan Al-Qur'an dengan malaikat Jibril.

Imam Malik, ketika memasuki bulan Ramadhan, meninggalkan semua aktiviti keilmuan atau memberi fatwa. Semua ia tinggalkan hanya untuk mengisi waktu Ramadhannya dengan tadarus.

Imam Asy-Syafi'i, yang mazhabnya diikuti di negara kita, ketika masuk bulan Ramadhan ia mengkhatamkan Al-Qur'an sehari dua kali sehingga beliau khatam Al-Qur'an 60 kali selama sebulan penuh. Subhanallah!

Kita tidak perlu berdebat, apakah itu sesuatu yang mungkin berlaku ?

Bagaimanakah cara-caranya beliau boleh melakukan perkara tersebut?

Intipati yang jauh lebih penting adalah semangat dan mujahadah yang kuat, itulah yang mesti kita miliki dalam berinteraksi dengan Al-Qur'an.

POKOK KEENAM - Menyediakan makanan berbuka

Jangan memandang remeh menyediakan makanan berbuka untuk orang yang berpuasa samada secara langsung ataupun melalui masjid walaupun hanya dengan :

Sebiji kurma.
Seteguk air.
Makanan.
Minuman.
dan lainnya.

Ini adalah kerana nilai dan pahalanya sama seperti orang yang berpuasa yang kita menyediakan untuk berbuka itu.

Di negara-negara Timur Tengah, tradisi dan sunnah menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa ini sangat kuat.

Hampir-hampir setiap rumah membuka pintu selebar-lebarnya bagi para musafir, kaum kerabat, jiran tetangga, sahabat handai untuk berbuka bersama dengan mereka.

Kita jadikan usaha menyediakan makanan berbuka bersama ini sebagai wasilah untuk :

Menyebarkan sikap kepedulian.
Membangunkan perasaan kekeluargaan.
Menjalin keakraban sesama Islam.
Berlumba-lumba ke arah membuat kebajikan.


POKOK KETUJUH - I'tikaf

Melaksanakan i'tikaf 10 hari di akhir Ramadhan adalah amalan sunnah muakkadah yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah saw semasa hayatnya.

Lebih dari 8 atau 9 kali beliau beri'tikaf di bulan yang mulia ini bahkan pada tahun di mana beliau wafat, beliau beri'tikaf 20 hari di akhir Ramadhan.

Beliau membangunkan isteri-isterinya, kaum kerabatnya untuk menghidupkan malam-malam mulia dan bernilai tinggi ini.

POKOK KELAPAN - Memburu Malam Al Qadr

Rata-rata usia umat Nabi Muhammad saw adalah 60 tahun. Jika lebih, itu dikira bonus dari Allah swt.

Namun usia yang relatif pendek itu boleh menyamai nilai dan makna usia umat-umat terdahulu yang bilangan umur mereka ratusan bahkan ribuan tahun.

Bagaimana caranya?

Ya, dengan cara memburu malam Al Qadr kerana orang yang meraih malam Al Qadr dalam keadaan beribadah kepada Allah swt bererti ia telah berbuat kebaikan sepanjang 1000 bulan atau 83 tahun 4 bulan.

Jika kita meraih malam Al Qadr sekali, dua kali, tiga kali dan seterusnya, maka nilai usia dan ibadah kita mampu menyamai umat-umat yang terdahulu.

Rahsia inilah pada hari akhirat kelak, umat Muhammad saw dibangkitkan dari alam kubur terlebih dahulu, dihisab terlebih dahulu dan dimasukkan ke syurga terlebih dahulu atau juga dimasukkan ke neraka terlebih dahulu, wal iyadzu billah.

Sabda Rasulullah saw :

"Pada bulan ini ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan, siapa yang terhalang dari kebaikannya bererti ia telah benar-benar terhalang dari kebaikan." (HR Ahmad)

POKOK KESEMBILAN – Umrah

Melaksanakan ibadah umrah di bulan Ramadhan terutama 10 akhir Ramadhan adalah seperti malaksanakan ibadah haji atau ibadah haji bersama Rasulullah saw.

"Umrah di bulan Ramadhan sebanding dengan haji."

Dalam riwayat yang lain : "Sebanding haji bersamaku." (HR Bukhari dan Muslim)

POKOK KESEPULUH - Mengeluarkan zakat, infaq, sedekah dan wakaf

Zakat, infaq, sedekah dan wakaf adalah merupakan ibadah yang berkait dengan harta dan kesannya amat ketara untuk manfaat sosial.

Mengeluarkan zakat tidak hanya tertentu dalam bulan Ramadhan, kecuali zakat fitrah yang memang perlu dikeluarkan sebelum solat sunat Aidil Fitri, sedangkan zakat-zakat yang lain, sedekah, infaq dan wakaf boleh dilakukan bila-bila masa sahaja dan di mana sahaja, namun kerana bulan Ramadhan menjanjikan kebaikan berlipat kali ganda, biasanya kesempatan ini tidak disia-siakan oleh umat Islam sehingga umat Islam berbondong-bondong menunjukkan kepeduliannya dengan melaksanakan perkara-perkara tersebut.

Ianya lebih baik lagi jika disalurkan melalui Lembaga Zakat atau Majlis Agama Negeri yang mengelola dana-dana umat ini sepanjang hari dan tidak hanya terbatas kepada acara tahunan semata-mata.

Bercakap tentang potensi zakat, infaq, sedekah dan wakaf di negara ini sangatlah besar jumlahnya di mana jika ianya mampu digali dan diperkasakan, maka ekonomi umat Islam akan menjadi lebih baik.

Inilah sepuluh pokok yang boleh kita tanam sepanjang bulan Ramadhan dan benarlah kata-kata hukama' :

"Siapa yang menanam maka dialah yang akan menuai", dengan izin Allah swt.

Ya Allah, kami mengharapkan semoga Engkau menghidupkan pokok-pokok yang kami tanam di bulan Ramadhan ini dan hasilnya dapat kami kecapi apabila kami bertemu denganMu di akhirat nanti. Hindarkanlah tanaman-tanaman kami dari menjadi gersang yang tidak dapat memberi manfaat apa-apa kepada penanamnya walaupun kami membanting tulang mengusahakannya disebabkan oleh kami tidak mengikuti cara-cara penanaman pokok yang betul yang mampu mengeluarkan hasil yang berlipat kali ganda.

Ameen Ya Rabbal Alameen
WAS

Operasi Menggantung Banner Ramadhan

Thursday, August 12, 2010

Assalamualaikum wbt.,

Saudara dan Saudari sekelian.

Tahniah diucapkan kepada ikhwah yang telah berjaya mengalahkan kekangan masa dan rehat, untuk menyediakan dan memasang lima helai 'banner', dibeberapa lokasi strategik di sekitar Daerah Kuala Langat.

Operasi pada Ahad 8 Ogos, bermula pada pukul 10.30 malam. Berkumpul di Masjid As-Syarif Telok Datok Taman Seri.

Banner pertama dipasang di Masjid As-Syarif Telok Datok, yang ke dua di Masjid Sungai Manggis, ke tiga di Masjid Kampung Medan Sijangkang, ke empat di Masjid Morib, dan yang terakhir di Masjid Jamek Banting.

Kerja-kerja akhirnya berjaya diselesaikan pada jam 1.00 pagi. Tahniah kepada semua yang menjayakan operasi ini teristimewa buat saudara Yusri yang juga merupakan TYDP IKRAM Kuala Langat dan saudara Md Jamaluddin.

Disertakan sebahagian banner-banner di beberapa lokasi.

Moga bersemaraklah kehangatan ramadhan dengan kehadiran banner-banner tersebut. Moga Allah menerima amal-amal baik kita.

Laporan
Setiausaha

Iftar Jamaiy IKRAM Kuala Langat - 14/08/2010

Klik untuk besarkan...